Assalamualaikum..
Saat diri ni diuji dengan sedikit ujian dari Allah, kadang-kadang hati tertanya "kenapa aku? sedangkan orang lain bahagia dan ujian mereka tak seteruk aku?". Tapi, rasa hati yang negative cepat-cepat diusir. Sebab apa? "Sebab Allah dah sediakan 'hadiah' yang jauh lebih berharga buat diri aku dan aku yakin Allah uji tanda Allah sayang aku!" I keep saying this to myself.
Mungkin juga ujian yang Allah beri ini untuk menghapuskan segala dosa aku dan menaikkan darjat aku disisi-Nya, inshaAllah. Aku pendosa, dan sentiasa melakukan dosa dan tak ada orang yang pernah tegur kesalahan aku. Jadi, mungkin Allah datangkan ujian untuk 'menegur' kesalahan aku. Alhamdulillah. Allah sayang aku, Allah tak biarkan aku tenggelam dalam dosa yang aku buat, yang aku tak sedar tangan ni yang melakukan dosa.
Saat aku sedang 'jatuh' dan semangat untuk berjuang di medan ilmu kian runtuh akibat dari masalah yang tak dapat aku selesaikan, Allah hadirkan seorang insan bergelar guru. Ye, guru yang aku hormati kerana keprihatinan beliau, kerana dirinya yang penuh motivasi dan apabila aku berada bersamanya, aura positif yang sedia ada dalam diri beliau sangat mengagumkan aku terhadap insan mulia yang dirahmati Allah ini. Allah kirimkan orang yang memahami diri aku selepas ibu. Aku bersyukur sebab, tatkala aku sedang berperang dengan perasaan dan masalah yang aku hadapi, beliau muncul menghulurkan tangan bagi membantu aku membina kembali semangat juang dalam diri ini.
All praises just to Allah. Kerana Dia sangat memahami hamba-Nya. Apabila Dia kirimkan ujian, Dia takkan biarkan hamba-Nya terkapai-kapai kerana Dia tahu kita tak akan mampu hidup tanpa mengharapkan pergantungan dari-Nya. Subhanallah. Aku bukanlah seorang yang alim jauh sekali warak, tapi aku dapat rasakan yang Allah sangat baik bahkan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku dapat rasakan kedamaian dan ketenangan bila aku betul-betul berserah pada Dia sebab aku sedar diri aku tak mampu dan tak berdaya tanpa Dia.
Jadi, aku cuma berharap dan berdoa semoga segala ujian dan dugaan yang Allah kirimkan buat aku diiringi dengan sebuah kemanisan iman & taqwa dan tahap kesabaran yang tinggi. InshaAllah. Janji Allah itu PASTI! Sabar, berusaha dan berserah adalah formula yang sesuai buat diri aku sekarang.
Sekian, wassalam :)