Thursday, 10 July 2014

Save Gaza ❤

Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

We are here, in Malaysia, dapat menyambut kedatangan bulan Ramadhan dgn ketenangan. Alhamdulillah. Kita berpeluang pergi ke bazar Ramadhan utk membeli juadah berbuka, kita berpeluang utk solat terawih dgn aman, yet we still lazy to pray and still lazy to go to mosque and solat jemaah. 

Allah. Kita di Malaysia, dapat makan dgn penuh nikmat yg Allah kurniakan. Contoh atau bukti Allah berikan kita nikmat di bulan puasa ini adalah air. Kita mempunyai pelbagai jenis air. Air sirap ais, air teh o ais, air tebu, air soya, air asam boy, air milo ais dan pelbagai air yg menyelerakan yg terdapat di bazar. Alhamdulillah. Tapi, saudara kita di Gaza, mereka tidak berpeluang merasai kenikmatan ini semua. Kerana apa?

Kerana mereka lebih merasakan nikmat keimanan apabila dapat berjuang mempertahankan agama Allah. Subhanallah. Boleh aje kalau mereka nak berhijrah utk selamatkan diri mereka ke tempat yg lebih aman dan selamat, tapi kenapa mereka memilih utk tetap mempertahankan tanah umat Islam di Palestin? Kerana kalau bukan mereka, adakah kita yg jauh beza dgn mereka mampu nak pertahankan bumi Islam? Tidak. Sebab ape? Sebab kita kadang-kadang solat subuh pun pukul 8 pagi. Kan? Kita pun kadang-kadang solat tak pernah cukup 5 waktu. Waktu solat berlalu begitu saje.

So, kita yg tak mampu nak berperang bersama mereka, marilah kita mendoakan mereka. Please dont forget to ask Allah to protect our families in Palestine. Dan kita juga boleh menyumbangkan wang kpd mereka. Dan yg last, menjadi sukarelawan membantu mereka di sana (yg ni aku harap aku pun terpilih). InshaaAllah.

p/s : Please my dearest Muslim brothers and sisters, tolong jangan sokong atau beli atau terlibat dgn produk-produk keluaran Yahudi. Melalui cara ini jugak kita boleh membantu saudara kita yg dizalimi. Tolonglah. I'm begging you to not buy any product that produced by Israel. Kita boikot! Lets help our Muslim families out there.




Saturday, 28 June 2014

Ayah

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga Ramadhan kali ini kita bersungguh-sungguh perbaiki amalan dan akhlak diri ke arah yg lebih baik.. InshaaAllah.. Kalau sebelum ni kita selalu lewat-lewatkan solat, apa kata Ramadhan ini kita latih diri supaya setiap kali masuk waktu solat, make sure kita dah stand by nak 'berkomunikasi' dengan Allah.. Same goes to our attitude.. Mana yg dah terbiasa mencarut, kali ni latih mulut dan lidah supaya banyakkan istighfar atau memuji Allah dan ucapkan kata-kata yg indah-indah je.. Hati pun kena jaga.. Biasakan hati supaya sentiasa bersabar dan berprasangka baik serta jauhi penyakit-penyakit hati.. Ok? InshaaAllah.. sama-sama kita ubah..

Tiba-tiba hari ni rasa macam nak bercerita tentang seorang lelaki hebat dlm hidup kita..
Tempatnya begitu istimewa dalam hidup kita..
Kasih sayangnya, MashaAllah.. Tiada tandingannya..
Pengorbanannya, SubhanaAllah.. Tidak ternilai..
Ya.. Insan itulah yg Nabi S.A.W kata orang yg wajib kita hormati dan sayangi selepas ibu..
Ayah.

Anak-anak.
Walaupun ayah tak rapat dengan kita, ketahuilah. Sebenarnya ayah sangat sayangkan kita.
Ayah sangat pedulikan kita. Ayah sangat menjaga dan melindungi kita.
Cuma ayah tak tunjuk depan kita. Jadi kita rasa ayah tak peduli pun pasal kita.
Kita pulak dah besar. Lagi lah kita rasa 'Eleh. Mesti ayah tak kisah aku nak buat ape pun'.

Terbayang.
Kalau ayah tak ada, siapa nak jaga aku macam mana ayah jaga aku.
Oh, tidak! Suami takkan mampu sayang dan cinta aku macam ayah.
Jauh beza. Suami takkan mampu ganti tempat ayah.
Syurga isteri memang pada suami. Tapi, ayah tetap 'raja' dalam hidup aku.

Walaupun ayah kita bukan orang kaya. Walaupun ayah kita tak macam ayah kawan-kawan kita.
Tapi, tu lah ayah yg sayang kita. Dan, kasih sayang ayah yg boleh bawa kita ke syurga.
Bukan kasih sayang ayah kawan-kawan kita.
Jadi, whoever our fathers are, love them. Respect them.
Sebab kita mungkin tak akan dapat ayah yg lebih baik macam ayah yg kita ada sekarang.

Ayah.
Anakmu sangat menyayangimu walaupun tidak terzahir melalui ucapan atau perbuatan.
Tapi jauh di dalam sudut hati ni, anakmu sangat berbangga kerana memiliki seorang lelaki hebat sebagai ayah.
Jika aku tidak mampu ke syurga, cukuplah sekadar aku dapat menghantar ayah ke sana.
Kerana hanya syurga Allah tempat yg selayaknya buat ayah dan ibu.
Semoga Allah sentiasa memayungi ayah dengan rahmat-Nya, cinta-Nya, kasih sayang-Nya.

p/s: Suami itu bagi anak-anak yg sudah berkahwin. Saya belum lagi ye.
p/s 2: Nak cari pasangan hidup, carilah yg tau menghormati ibu dan ayah kita. Kalau ibu dan ayah kita dia tak hormat, apatah lagi kita ni yg akan hidup dengan dia. Ibu selalu pesan, cari pasangan hidup yg boleh terima kita dan keluarga kita. Sebab dia bukan sahaja akan hidup dgn kita, dia akan hidup dgn family kita jugak. OK?

Thursday, 26 June 2014

Is This 'Love' That I'm Feeling?

Assalamualaikum.. Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad

Inikah cinta yang aku rasa selama ini?
Ye. Tanya diri kita. Adakah 'cinta' ini yang aku rasa selama ini? Adakah itu dinamakan 'cinta' jika kita sanggup gadaikan maruah sendiri? Adakah itu yang dinamakan 'cinta' jika kita sampai sanggup nak korbankan diri sendiri? Adakah itu 'cinta' jika kita semakin jauh dari agama kita? Dan, adakah itu 'cinta' sehingga kita semakin jauh dari Sang Pencipta yang menciptakan kita daripada 'nothing' ?

Allah.. Allah.. Allah..
Selama ni, aku cemburu sebab orang yang ber'couple' nampak 'sweet', bahagia, romantik, bergurau senda, pujuk memujuk dan semua yang pasangan kekasih buat tu nampak indah di mata aku. Tapi, aku baru tersedar. Rupa-rupanya, bagi aku, apa yang aku nampak indah tu lah sebenarnya 'sengsara' bagi aku. Ye, nafsu aku bahagia jika aku diperlakukan macam tu. Tapi, hakikatnya, Iman aku terseksa.

Aku sedih. Sedih. Sebab aku selalu lupa yang Al-Khaliq lebih sayangkan aku, cintakan aku berbanding cinta makhluk. Tapi, aku nak jugak kejar cinta makhluk. Aku malu dengan diri aku sendiri. Bila aku fikir balik, patutlah takde lelaki berani nak mengorat aku atau cuba nak ajak aku bercinta. Rupa-rupanya, Allah pelihara aku dari perkara sia-sia. Allah jaga aku, jaga kehormatan aku. Sebab Allah tahu kalau aku di 'cintai' oleh sang lelaki, aku akan hanyut. Hanyut dalam dunia 'penghambaan' yang direka oleh syaitan yang cuba menyesatkan.

Bila bercinta, semua nampak indah. Bagi cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata, segala perbuatan salah akan nampak sentiasa betul di mata kita. Kenapa ye? Sebab syaitan mengaburi mata kita dari melihat kebenaran. Mungkin hati kita rasa, "eh, ape yg aku buat ni salah", tapi kita cuba menidakkan. Sebab ape? Sebab kita lebih nak menangkan nafsu namun iman kita terseksa. Betul tak?

Cinta itu suci. Cinta memberi kekuatan. Cinta memberi semangat. Cinta itu indah. Bukan cinta namanya jika kita sanggup melakukan sesuatu perkara yang belum halal buat kita. Bukan cinta namanya jika kita sentiasa berasa lemah semangat, memikirkan masalah, pergaduhan yang tak sudah, memaki hamun sesama pasangan, memukul dan membuatkan kita putus asa dengan kehidupan. Bukan cinta namanya jika sentiasa rasa putus asa, rasa tak diperlukan. Dan bukan cinta namanya jika hubungan dicemari dengan perkara-perkara yang dilarang Allah.

"If our 'love' for something makes us willing to give up our family, our dignity, our self-respect, our bodies, our sanity, our peace of mind, our deen, and even our Lord who created us from nothing, know that we are not in 'love'. We are Slaves." -Yasmin Mogahed

Friday, 13 June 2014

Sahabat Selamanya..

Assalamualaikum.. Hey there!

From last week, I've started my semester break.. And during the semester break, I've got nothing to do except for helping my Ibu, look after my brother, playing around with little brother and sister, watching tv and.... yeah! that's it.. okay, memandangkan semester break yg singkat selama 3 minggu ni, maknanya selama itu jugaklah I've no longer meet my roommates.. I mean, my speak-out-loud roommates.. If they're about to read this, I'm giving you girls warning.. Please don't laugh because I've to admit it that I miss you girls..

Even though we're just know each other for almost 1 year, I love you girls just like my own sisters.. We're came from different background, even from all over Malaysia.. But, we manage to get close to each other, to understand each and everyone's perangai dan ragam.. And its not that easy actually to tolak ansur with orang yang kita baru kenal.. Right? But, with them, I can be myself..

Teringat kenangan masa semester 2, pada suatu malam selepas kita semua study subject Pendidikan Islam (except for me, yana and ain yg tak berapa nak study), we're craving for ice-creams.. and that time, almost 12 a.m.. Tapi kita still nak jugak turun dari tingkat 12, pegi 7e to buy ice-creams and kebetulan time tu yana nak belanja, kita semua semakin bersemangat nak turun, haha.. By the time we're about passing by the guard, kami semua menggelabah sebab takut kena marah dgn pakcik guard..

Sebab takut and taknak kena marah, mula-mula plan nak suruh one of us berlakon sakit but at the end kami cakap kat pakcik guard, we're going to 7e to buy some foods because we're hungry.. and pakcik guard just say, "okay".. Ok, lepas dah satu halangan.. On our way to 7e, selipar one of us terputus and 7e agak jauh masa tu sebab kami ikut jalan belakang.. So, one of us bagi kat kawan kami pakai sebelah selipar dia.. Because it is dangerous to walk through the road with a bare foot yg kita tak tahu and tak nampak apa ada kat jalan tu..

So, finally everyone got their ice-creams and we ate the ice-creams happily sambil berborak pasal seorang lelaki yg menegur kami sewaktu kami menunggu lif untuk naik ke rumah.. Hmm, actually it is fun to do crazy thing sometimes as long as kita tak menyusahkan orang and it doesn't too dangerous, kan? Depends on the individual.. Thanks for reading! Lots of  ❤

Here they are. The best roommates ever!
-Ain, Aimi, Eyqa, Kak Ngah and Yana-

Sunday, 11 May 2014

Be strong, and keep your faith to Allah :)

Assalamualaikum..

Saat diri ni diuji dengan sedikit ujian dari Allah, kadang-kadang hati tertanya "kenapa aku? sedangkan orang lain bahagia dan ujian mereka tak seteruk aku?". Tapi, rasa hati yang negative cepat-cepat diusir. Sebab apa? "Sebab Allah dah sediakan 'hadiah' yang jauh lebih berharga buat diri aku dan aku yakin Allah uji tanda Allah sayang aku!" I keep saying this to myself.

Mungkin juga ujian yang Allah beri ini untuk menghapuskan segala dosa aku dan menaikkan darjat aku disisi-Nya, inshaAllah. Aku pendosa, dan sentiasa melakukan dosa dan tak ada orang yang pernah tegur kesalahan aku. Jadi, mungkin Allah datangkan ujian untuk 'menegur' kesalahan aku. Alhamdulillah. Allah sayang aku, Allah tak biarkan aku tenggelam dalam dosa yang aku buat, yang aku tak sedar tangan ni yang melakukan dosa.

Saat aku sedang 'jatuh' dan semangat untuk berjuang di medan ilmu kian runtuh akibat dari masalah yang tak dapat aku selesaikan, Allah hadirkan seorang insan bergelar guru. Ye, guru yang aku hormati kerana keprihatinan beliau, kerana dirinya yang penuh motivasi dan apabila aku berada bersamanya, aura positif yang sedia ada dalam diri beliau sangat mengagumkan aku terhadap insan mulia yang dirahmati Allah ini. Allah kirimkan orang yang memahami diri aku selepas ibu. Aku bersyukur sebab, tatkala aku sedang berperang dengan perasaan dan masalah yang aku hadapi, beliau muncul menghulurkan tangan bagi membantu aku membina kembali semangat juang dalam diri ini.

All praises just to Allah. Kerana Dia sangat memahami hamba-Nya. Apabila Dia kirimkan ujian, Dia takkan biarkan hamba-Nya terkapai-kapai kerana Dia tahu kita tak akan mampu hidup tanpa mengharapkan pergantungan dari-Nya. Subhanallah. Aku bukanlah seorang yang alim jauh sekali warak, tapi aku dapat rasakan yang Allah sangat baik bahkan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku dapat rasakan kedamaian dan ketenangan bila aku betul-betul berserah pada Dia sebab aku sedar diri aku tak mampu dan tak berdaya tanpa Dia.

Jadi, aku cuma berharap dan berdoa semoga segala ujian dan dugaan yang Allah kirimkan buat aku diiringi dengan sebuah kemanisan iman & taqwa dan tahap kesabaran yang tinggi. InshaAllah. Janji Allah itu PASTI! Sabar, berusaha dan berserah adalah formula yang sesuai buat diri aku sekarang.
Sekian, wassalam :)


Tuesday, 29 April 2014

iSLAM Event (All Sister Event)..

Assalamualaikum.. semoga kalian sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT, inshaAllah :)

Hari ni Isma nak share sikit pasal malam iSLAM Event where you can only see sisters because there are no man. I've got a lot of precious memories there. And by attending this kind of event, I can feel that I love Islam more, I love Allah even more and more and of course I love Prophet Muhammad SAW because showing me that Islam is beautiful. Islam is more than people out there think about it. 

Ok, tujuan Isma dengan kawan-kawan pergi sana mestilah nak jumpa Yasmin Mogahed sebab kami memang minat and suka dengan hasil penulisan beliau dalam buku Reclaim Your Heart. Semua yang beliau tulis dalam buku tu betul-betul memberi reflections dalam diri Isma. At the same time, membuka minda sesiapa yang membaca buku tu sebab semua hujah yang Yasmin Mogahed kemukakan berdasarkan Al-Quran. Alhamdulillah, thanks to Madam Usrah kat kolej Isma yang perkenalkan Isma pada buku yang memberi inspirasi ni.

Memang rezeki kami masa tu, sebab kami jumpa Mizz Nina :) that was the best part sebab kami tak sangka dapat salam and jumpa dia depan mata. haha. macam jakun kan? pedulikan apa orang nak kata. And yang paling best, Mizz Nina sangat peramah. She's beautiful yet so humble. That is why i love Mizz Nina :). Selain daripada tu, ada Wardina Safiyah, and Noryn Aziz. They were so kind, mashaAllah. May Allah grant us with Jannah al Firdaus. InshaAllah.

Nah, tengoklah.

This is my friend, Asyiqin, kawan yang baik. Moga Allah limpahi awak dengan barakah dan kasih sayang-Nya :)

Bersama kakak-kakak yang menjadi sukarelawan majlis :)

Isn't she beautiful? Subhanallah. Semoga ukhwah yang terbina sentiasa diberkati Allah :)

Kami bersama MC majlis dan volunteers untuk event yang penuh barakah ni :)

Semoga Allah jaga hubungan silaturrahim ini sehingga ke syurgaNya. inshaAllah. I love you all.. muahhhhh ❤

Friday, 25 April 2014

Yasmin Mogahed, Here I Come!

Assalamualaikum. Salam Sayyidul Ayyam. Jumaat yang penuh barakah. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang taat dan mengharapkan redha Allah :)

Today, Isma akan pergi ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri seorang penulis buku motivasi Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed! Alhamdulillah, atas bantuan rakan baik masa sem 1 dulu, kebetulan dia pun minat hasil penulisan Yasmin Mogahed, so kami plan pergi sama-sama. InshaAllah, kalau tak ada halangan dan segala urusan dan pengangkutan dipermudahkan Allah, kami akan sampai ke sana. Semoga ini menjadi salah satu usaha kami untuk mendapat redha Allah dan semoga dengan pemergian ini, kami akan dapat ilmu yang bermanfaat yang boleh dikongsikan dengan seluruh umat Islam. InshaAllah.


Siapa- siapa yang pergi event ni jugak, semoga kita berjumpa di sana! Nanti tegurlah saya ye. Kita berukhwah lillahi ta'ala. ❤