Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Kareem.. Semoga Ramadhan kali ini kita bersungguh-sungguh perbaiki amalan dan akhlak diri ke arah yg lebih baik.. InshaaAllah.. Kalau sebelum ni kita selalu lewat-lewatkan solat, apa kata Ramadhan ini kita latih diri supaya setiap kali masuk waktu solat, make sure kita dah stand by nak 'berkomunikasi' dengan Allah.. Same goes to our attitude.. Mana yg dah terbiasa mencarut, kali ni latih mulut dan lidah supaya banyakkan istighfar atau memuji Allah dan ucapkan kata-kata yg indah-indah je.. Hati pun kena jaga.. Biasakan hati supaya sentiasa bersabar dan berprasangka baik serta jauhi penyakit-penyakit hati.. Ok? InshaaAllah.. sama-sama kita ubah..
Tiba-tiba hari ni rasa macam nak bercerita tentang seorang lelaki hebat dlm hidup kita..
Tempatnya begitu istimewa dalam hidup kita..
Kasih sayangnya, MashaAllah.. Tiada tandingannya..
Pengorbanannya, SubhanaAllah.. Tidak ternilai..
Ya.. Insan itulah yg Nabi S.A.W kata orang yg wajib kita hormati dan sayangi selepas ibu..
Ayah.
Anak-anak.
Walaupun ayah tak rapat dengan kita, ketahuilah. Sebenarnya ayah sangat sayangkan kita.
Ayah sangat pedulikan kita. Ayah sangat menjaga dan melindungi kita.
Cuma ayah tak tunjuk depan kita. Jadi kita rasa ayah tak peduli pun pasal kita.
Kita pulak dah besar. Lagi lah kita rasa 'Eleh. Mesti ayah tak kisah aku nak buat ape pun'.
Terbayang.
Kalau ayah tak ada, siapa nak jaga aku macam mana ayah jaga aku.
Oh, tidak! Suami takkan mampu sayang dan cinta aku macam ayah.
Jauh beza. Suami takkan mampu ganti tempat ayah.
Syurga isteri memang pada suami. Tapi, ayah tetap 'raja' dalam hidup aku.
Walaupun ayah kita bukan orang kaya. Walaupun ayah kita tak macam ayah kawan-kawan kita.
Tapi, tu lah ayah yg sayang kita. Dan, kasih sayang ayah yg boleh bawa kita ke syurga.
Bukan kasih sayang ayah kawan-kawan kita.
Jadi, whoever our fathers are, love them. Respect them.
Sebab kita mungkin tak akan dapat ayah yg lebih baik macam ayah yg kita ada sekarang.
Ayah.
Anakmu sangat menyayangimu walaupun tidak terzahir melalui ucapan atau perbuatan.
Tapi jauh di dalam sudut hati ni, anakmu sangat berbangga kerana memiliki seorang lelaki hebat sebagai ayah.
Jika aku tidak mampu ke syurga, cukuplah sekadar aku dapat menghantar ayah ke sana.
Kerana hanya syurga Allah tempat yg selayaknya buat ayah dan ibu.
Semoga Allah sentiasa memayungi ayah dengan rahmat-Nya, cinta-Nya, kasih sayang-Nya.
p/s: Suami itu bagi anak-anak yg sudah berkahwin. Saya belum lagi ye.
p/s 2: Nak cari pasangan hidup, carilah yg tau menghormati ibu dan ayah kita. Kalau ibu dan ayah kita dia tak hormat, apatah lagi kita ni yg akan hidup dengan dia. Ibu selalu pesan, cari pasangan hidup yg boleh terima kita dan keluarga kita. Sebab dia bukan sahaja akan hidup dgn kita, dia akan hidup dgn family kita jugak. OK?
No comments:
Post a Comment