Assalamualaikum.. Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Inikah cinta yang aku rasa selama ini?
Ye. Tanya diri kita. Adakah 'cinta' ini yang aku rasa selama ini? Adakah itu dinamakan 'cinta' jika kita sanggup gadaikan maruah sendiri? Adakah itu yang dinamakan 'cinta' jika kita sampai sanggup nak korbankan diri sendiri? Adakah itu 'cinta' jika kita semakin jauh dari agama kita? Dan, adakah itu 'cinta' sehingga kita semakin jauh dari Sang Pencipta yang menciptakan kita daripada 'nothing' ?
Allah.. Allah.. Allah..
Selama ni, aku cemburu sebab orang yang ber'couple' nampak 'sweet', bahagia, romantik, bergurau senda, pujuk memujuk dan semua yang pasangan kekasih buat tu nampak indah di mata aku. Tapi, aku baru tersedar. Rupa-rupanya, bagi aku, apa yang aku nampak indah tu lah sebenarnya 'sengsara' bagi aku. Ye, nafsu aku bahagia jika aku diperlakukan macam tu. Tapi, hakikatnya, Iman aku terseksa.
Aku sedih. Sedih. Sebab aku selalu lupa yang Al-Khaliq lebih sayangkan aku, cintakan aku berbanding cinta makhluk. Tapi, aku nak jugak kejar cinta makhluk. Aku malu dengan diri aku sendiri. Bila aku fikir balik, patutlah takde lelaki berani nak mengorat aku atau cuba nak ajak aku bercinta. Rupa-rupanya, Allah pelihara aku dari perkara sia-sia. Allah jaga aku, jaga kehormatan aku. Sebab Allah tahu kalau aku di 'cintai' oleh sang lelaki, aku akan hanyut. Hanyut dalam dunia 'penghambaan' yang direka oleh syaitan yang cuba menyesatkan.
Bila bercinta, semua nampak indah. Bagi cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata, segala perbuatan salah akan nampak sentiasa betul di mata kita. Kenapa ye? Sebab syaitan mengaburi mata kita dari melihat kebenaran. Mungkin hati kita rasa, "eh, ape yg aku buat ni salah", tapi kita cuba menidakkan. Sebab ape? Sebab kita lebih nak menangkan nafsu namun iman kita terseksa. Betul tak?
Cinta itu suci. Cinta memberi kekuatan. Cinta memberi semangat. Cinta itu indah. Bukan cinta namanya jika kita sanggup melakukan sesuatu perkara yang belum halal buat kita. Bukan cinta namanya jika kita sentiasa berasa lemah semangat, memikirkan masalah, pergaduhan yang tak sudah, memaki hamun sesama pasangan, memukul dan membuatkan kita putus asa dengan kehidupan. Bukan cinta namanya jika sentiasa rasa putus asa, rasa tak diperlukan. Dan bukan cinta namanya jika hubungan dicemari dengan perkara-perkara yang dilarang Allah.
"If our 'love' for something makes us willing to give up our family, our dignity, our self-respect, our bodies, our sanity, our peace of mind, our deen, and even our Lord who created us from nothing, know that we are not in 'love'. We are Slaves." -Yasmin Mogahed
No comments:
Post a Comment