Wednesday, 26 February 2014

Cinta Allah Cinta yang Setia !

Assalamualaikum. Hello !

Dah berapa hari Allah tak turunkan hujan. Its quite a long time sebab kita asyik rasa panas je. Allah. Ujian semua ni. Bila hujan, kita merungut. Kain jemuran tak kering lah, susah nak ke mana-mana kalau hujan and etc. Bila tak hujan dan panas, merungut jugak. Panas lah, tak boleh buat kerja lah and banyak lagi rungutan yang tanpa kita sedar kita sebenarnya tak bersyukur dengan pemberian Allah.

It is true. Manusia tak pernah bersyukur. Ada manusia yang bersyukur, tapi jumlahnya tersangatlah sedikit. Tapi, pernahkah kita muhasabah diri ? Ask ourselves, kenapa Allah uji kita macam ni? Setiap yang terjadi, adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri. Bila Allah tak turunkan hujan, kita rasa panas. Bayangkan, kalaulah pokok-pokok kat negara kita ni tak ditebang secara berleluasa, mungkin kita masih boleh bertahan dengan kepanasan ni.

Tapi, perasan tak, apabila kita sentiasa mengeluh dan almost rasa nak give up bila berhadapan ujian yang Allah beri, Allah akan turunkan bantuan kepada hamba-Nya. Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya. Kerana apa? Sebab kasih sayang dan cinta Allah SWT terhadap hamba-Nya melebihi dan menandingi kasih sayang dan cinta seorang ibu terhadap anaknya/ bayinya. Nampak tak betapa Allah Maha Penyayang terhadap kita yang cuma makhluk biasa ni.

Jadi, marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Next, bersabar dengan ujian-Nya kerana Allah uji tanda Allah sayang. Then, doa banyak-banyak supaya Allah Maha Pemurah turunkan hujan rahmat ke atas bumi Malaysia tercinta.

Alhamdulillah.
Wassalam ❤

Thursday, 20 February 2014

Sape Baik Sape Jahat ?

Assalammualaikum. What's up ?

Today, topik yang akan dibincangkan adalah sambungan dari post yang lepas (Layakkah kita Judge Orang ?) Okay, before this, saya hanya sentuh tentang isu orang mengata orang berpurdah berjubah. Bagi yang baca, mungkin ada yang setuju and mungkin ada yang tak setuju. It seems like saya macam unfair gitu, right? Sabor. ni cek nak sambung ler ni. terima kasih sebab sudi baca my point of view (sejak belajar Literature & Listening and Speaking nih asyik mention pasal point of view je. good job babeyh!)

Ok, based on my experienced before this, ada kawan- kawan yang share pengalaman diorang. Mereka banyak melontarkan rasa terkilan and terkejut because kebanyakan muslimah yang berjubah berpurdah ni, akhlak mereka tak sesuai dengan pemakaian mereka. Ada yang berpurdah, mulut cakap lepas, mencarut, mengumpat dan suka cakap macam orang jauh 10 batu. Hmm.. saya pun agak terkejut sebab bagi saya orang yang berpurdah ni tak sepatutnya berperangai macam tu.

Bila kita membawa sesuatu imej yang baik, kita kena seiringkan dengan akhlak yang baik. Sebab tu, sebelum para muslimah nak berniqab/berpurdah, sila perbaiki hati kita dulu. Perbaiki akhlak kita, perbaiki tutur kata kita. Lepas tu, solat kita pun harus TipTop! gitu. Kalau kita tak perbaiki semua tu, haa.. inilah jadinya. Orang akan mengata sebab kita membawa imej yang baik so orang assume kita mesti baik punye.

Adapun orang akan anggap orang yang berniqab ni fake/ berpura-pura baik. Yang ni pun akan terjadi bila kita tak mempunyai akhlak yang seiring dengan cara kita yang berniqab. Ada jugak sekarang ni, kat Facebook, orang dok hentam orang berniqab ni. Sebab apa? sebab upload gambar- gambar muslimah yang berniqab ni dalam pose yang macam model. Orang marah sebab, apa yang ditunjuk tu salah. Sebagai seorang yang berniqab, tujuan kita berniqab adalah untuk mengelak dari menjadi perhatian lelaki. Tapi, bila kita dah upload gambar macam tu, kita dah salah guna sehelai kain yang sepatutnya kita lindungi keindahan kita.

Jadi, wahai para muslimah permata idaman syurga, ingatlah. Tak semestinya kita berjubah berniqab, confirm masuk syurga. tak semestinya kita tak berjubah tak berniqab masuk neraka. TIDAK! Jangan pandai-pandai buat tanggapan macam tu. Hanya Allah yang layak Judge kita berdasarkan TAQWA dalam diri kita, bukan pakaian kita. Berjubah berpurdah itu sunnah, namun harus dijaga sunnah ini sebaiknya supaya kita betul-betul berusaha menghidupkan sunnah Nabi SAW. Bukan untuk perhatian manusia, tapi untuk mencari redha Allah SWT. Janganlah para muslimah berjubah berniqab menghina muslimah yang tak menutup aurat sepenuhnya sebab mereka perlukan sokongan bukan hinaan. Begitu juga sebaliknya. Arasso?

So, I'll guess that's it for today. May Allah bless us and forgive us for what we have done. Maaf naa kalau ada tersalah. Saya cuma berkongsi pendapat saja.

Sekian, wassalam. ❤

Tuesday, 18 February 2014

Layakkah Kita Untuk Judge Orang ?

Assalammualaikum. Hello !

Alhamdulillah, bertemu lagi di alam maya. cewah! so, topik hari ni berkenaan dengan kebiasaan masyarakat kita yang lebih suka menghukum/ mengadili daripada menegur jika seseorang ada melakukan kesalahan. Kalau yang dihukum tu betul-betul nampak salah dia, tak apa. Memang patut ditegur kesalahan dia, bukan dihukum. Ada jugak manusia yang suka menghukum/ mengadili orang tanpa sebab as if dia je manusia yang paling sempurna dalam dunia.

I've experienced this situation actually. Dan saya masih hadapinya sekarang. Dimana Allah mengutuskan seorang hambaNya untuk menguji tahap kesabaran saya. Saya pun tak tahu lah apa masalah dia dengan saya dan orang-orang berjubah berniqab ni. Dari sem 1 dok mengata orang berniqab macam lah orang berniqab ni manusia yang sempurna tak pernah buat dosa. I just don't get it, if you dislike the person who wears niqab and jubah, why do you have to talk something bad about them? Lepas tu, siap masuk twitter and other social networks. Tak rasa ke macam, apa pandangan Allah bila diri kita mengata orang? Kalau tak hirau pandangan Allah sekalipun, fikirlah apa pandangan dan tanggapan orang bila baca apa yang awak tulis dalam social networks tu.

My beloved Ibu said that, " kebersihan hati kita dapat dilihat melalui tutur kata." Saya tak nafikan ada segelintir orang-orang berniqab ni yang perangai tak seperti yang dizahirkan melalui cara mereka berpakaian. Tapi, bukan hak kita untuk mengata/ menghukum/ mengadili mereka. What should we do? Yes! Nasihat. Nasihatlah dengan cara yang penuh hikmah, bukan dengan kata-kata nista dan cercaan. Kalau tak mampu nak nasihat, pendam je dalam hati dan doakan supaya mereka berubah ke arah kebaikan. See! Seorang Muslim yang mendoakan kebaikan untuk Muslim yang lain, Allah janjikan syurga. Ingat! Janji Allah itu PASTI!

Apa yang kita dapat kalau mengata/ mengutuk orang dalam social networks? Things getting worst, right? Next, perbalahan and perpecahan umat Islam. Itu ke yang kita nak? Dimana kita sepatutnya membina ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Orang kafir akan suka melihat perbalahan sesama umat Islam. Nauzubillahiminzalik. Wahai saudara/ saudari sekalian, kita bersaudara. Nabi gambarkan umat Islam ni seperti sebuah bangunan yang tak akan siap dan kukuh tanpa adanya batu yang dapat menahannya. Maksudnya, kekuatan agama Islam itu terletak pada ukhwah kita sebagai umat Islam kerana kita saling memerlukan.

So, marilah kita sama-sama bersihkan hati dengan zikir-zikir supaya hilang kotoran hitam yang melekat pada hati kita. Kalau rasa macam nak benci nak mengata orang, ingatlah kebaikan yang dia dah buat kat kita. Cara itu lebih tenang dan bahagia. Prof. Dr. Muhaya kata orang yang tenang sentiasa menang. Orang yang memaafkan sentiasa senang dan lapang.

I'll guest, that's it for today. Semoga Allah mengasihi kita semua. Allahumma Aamiin.
Wassalam ❤




Wednesday, 5 February 2014

Bersyukurkah kita.. ??

Assalamualaikum.. salut!

Its quite a long time I haven't update my post. So today I just wanna share something that I felt before, where the time is when I feel like I was not grateful of everything that Allah SWT have granted to me and as well as to all the Muslims people out there, which is, was born as a Muslim.

Before this, masa jahil dulu, terasa macam seronok orang yang baru memeluk agama Islam. Sebab segala dosa mereka dihapuskan and they were just like new born babies yang suci dan bersih tanpa dosa. Subhanallah. At that time, I was thinking, why am I tak dilahirkan sebagai seorang yang bukan Islam so that boleh lah saya masuk Islam and all my sins akan dihapuskan. Masa tu memang jahil sangat.

Alhamdulillah, I start to cukupkan solat 5 waktu, baca bahan- bahan bacaan yang boleh menambahkan kefahaman saya tentang Islam and saya mula 'obses' dengan program- program keagamaan and ceramah, tak kira lah dalam tv ke atau kat masjid and surau. When I start to fulfill my responsibilities as a Muslimah, I felt that feeling. The feeling of being grateful and thankful of being a Muslim, servant of Allah SWT, The Most Merciful, and the ummah of Prophet Muhammad SAW. Alhamdulillah.

When I found that Quran is the only kitab yang bila saya baca and tadabbur maksudnya, I was crying. I'm crying because of how lucky I am to be chosen as Allah's servant, to be a Muslim, to know that there is no one yang lebih dekat dengan diri kita selain Allah SWT, not even ourselves ! Dia yang Maha Mengetahui segalanya yang ada di langit dan di bumi dan hanya Dia yang menguasai dan mentadbir seluruh alam ini.

Now, saya sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam ! saya terfikir, kalau lah saya tak dilahirkan sebagai seorang Islam, belum tentu saya akan terima hidayah masuk Islam. Belum tentu saya akan mencari hidayah untuk mendalami Islam. Dan saya akui bahawa, Allah SWT sebaik- baik perancang.

Nasihat saya kepada orang- orang bukan Islam di luar sana, jangan judge agama Islam berdasarkan pemerhatian anda terhadap orang Islam. Tapi, kaji lah agama Islam itu sendiri. Kebanyakan mualaf yang memeluk Islam, mereka masuk Islam selepas mereka mengkaji agama Islam berdasarkan al- Quran dan sunnah. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada anda semua. InshaAllah.

Wassalam :)