Assalamualaikum. Hello !
Dah berapa hari Allah tak turunkan hujan. Its quite a long time sebab kita asyik rasa panas je. Allah. Ujian semua ni. Bila hujan, kita merungut. Kain jemuran tak kering lah, susah nak ke mana-mana kalau hujan and etc. Bila tak hujan dan panas, merungut jugak. Panas lah, tak boleh buat kerja lah and banyak lagi rungutan yang tanpa kita sedar kita sebenarnya tak bersyukur dengan pemberian Allah.
It is true. Manusia tak pernah bersyukur. Ada manusia yang bersyukur, tapi jumlahnya tersangatlah sedikit. Tapi, pernahkah kita muhasabah diri ? Ask ourselves, kenapa Allah uji kita macam ni? Setiap yang terjadi, adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri. Bila Allah tak turunkan hujan, kita rasa panas. Bayangkan, kalaulah pokok-pokok kat negara kita ni tak ditebang secara berleluasa, mungkin kita masih boleh bertahan dengan kepanasan ni.
Tapi, perasan tak, apabila kita sentiasa mengeluh dan almost rasa nak give up bila berhadapan ujian yang Allah beri, Allah akan turunkan bantuan kepada hamba-Nya. Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya. Kerana apa? Sebab kasih sayang dan cinta Allah SWT terhadap hamba-Nya melebihi dan menandingi kasih sayang dan cinta seorang ibu terhadap anaknya/ bayinya. Nampak tak betapa Allah Maha Penyayang terhadap kita yang cuma makhluk biasa ni.
Jadi, marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Next, bersabar dengan ujian-Nya kerana Allah uji tanda Allah sayang. Then, doa banyak-banyak supaya Allah Maha Pemurah turunkan hujan rahmat ke atas bumi Malaysia tercinta.
Alhamdulillah.
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment