Ibu, kasihmu membawa ke syurga
Pengorbananmu tiada tandingannya
Dikau dijanjikan syurga
Sungguh mulia darjatmu disisi Allah
Semoga Allah sentiasa meredhai dan merahmati
Ibu yang solehah
Ayah, kasihmu memberi bahagia sepanjang usia
Pengorbananmu umpama air yang mengalir yang tiada penghujungnya
Dikau satu-satunya raja
Yang akan selamanya bertakhta di dalam jiwa
Semoga Allah merahmati dan meredhai
Ayah yang soleh
Satu sahaja cita-cita anakanda, semoga ana dapat memimpin tangan ibu dan ayah ke syurga Allah. Kalau ana tak dapat masuk syurga sekalipun, semoga Allah izinkan ana 'menghantar' ibu dan ayah ke syurga. Kerana jasa dan pengorbanan serta kasih sayang kalian, tiada yang dapat menandinginya. Maafkan ana, redhai ana kerana ana mengharapkan redha Allah dari ibu dan ayah. Sungguh, Allah sangat baik kerana mengurniakan ana ibu dan bapa yang soleh dan solehah. Barakallahu fik.. ❤
No comments:
Post a Comment