Assalamualaikum..
Bila melihat rakan-rakan menjalin 'cinta' bersama kekasih masing-masing, timbul rasa 'ingin mencuba' dalam diri ini. Melihat mereka saling bersayang-sayang, rindu-merindui, bergurau senda manja mengada (some of them), pujuk memujuk and all things yang couple buat. But, I keep telling myself "kau tu baru 19, belajar and masih dibawah tanggungan ibu dan ayah. Cinta tak perlu dicari, Allah dah sediakan buat setiap hamba-Nya pasangan masing-masing dan itu adalah jodoh. Jodoh akan tiba pada waktu yang sesuai dengan calon yang Allah dah tetapkan. Jadi, jangan semakkan fikiran nak bercinta masa belajar. Kan ustaz Kamal Shah Rani dah kata, tak pernah lagi dia jumpa orang yang nikah masa belajar ni, gagal dalam pelajaran (as long as you know how to manage your time) and ustaz selalu jumpa orang yang gagal dalam pelajaran ni orang yang bercinta masa belajar. Yelah, masa belajar kita sibuk nak fikir soal bercinta yang sepatutnya kita fikirkan adalah soal pelajaran. Kalau kekasih merajuk, nak kena beli itu lah ini lah untuk memujuk dia. Kan dah buang duit, buang masa dan buang tenaga." I'm not saying that all couples ni tak baik, BUKAN!
Cinta dan perasaan indah yang hadir dalam hati kita adalah fitrah manusia yang Allah kurniakan kepada setiap hamba-Nya. Cinta itu suci. Seperti kata Yasmin Mogahed di dalam buku beliau 'Reclaim Your Heart', cinta itu tak sepatutnya menjadikan manusia hamba. Cinta sepatutnya mendidik manusia agar semakin dekat kepada Pencipta kerana cinta datang dari Allah. Kalau cinta membuatkan kita semakin jauh dari Sang Pencipta, maka kita sedang diperhambakan oleh cinta. Fitrah hati kita sukakan kebaikan, keindahan dan kesantunan. Maka, apakah yang sedang berlaku bila apa yang kita lihat sekarang adalah, cinta sebelum nikah sehingga sanggup mengorbankan kehormatan? cinta yang sanggup 'dating' di tempat-tempat sunyi? siapa yang rugi? Nauzubillahiminzalik. Sebab tu, Allah kata dalam al-Quran, 'dan janganlah kamu menghampiri zina'. Dating berdua-duaan adalah salah satu jalan mendekati zina.
Cinta itu fitrah. Allah tak larang kita bercinta. Cuma, pastikan cinta itu cinta yang halal. Cinta yang apabila kita berpegangan tangan, dapat pahala. Apabila kita merenung pasangan, kita dapat pahala. Dan segala perbuatan yang pasangan kekasih selalu buat, semua dapat pahala KALAU cinta itu HALAL dan SAH disisi Allah. Kasihan melihat sahabat-sahabat yang bercinta sebelum nikah, pergi kemana-mana berpegangan tangan seperti pasangan suami-isteri, padahal mereka tahu perkara itu salah. Buat sahabat dan adik-adik,kakak-kakak, abang-abang sekalian,
Aku bukanlah manusia yang sempurna,
bukan juga manusia yang tak buat dosa,
dan bukan pula manusia yang lebih baik atau 'ahli syurga'.
Aku cuma nak kalian tahu,
bahawa aku sayangkan kalian,
aku tak mahu kalian melakukan sesuatu yang terang-terangan Allah larang,
ingatlah wahai para khalifah sekalian,
Allah larang tanda Allah sayang,
bukan kerana Islam itu mengongkong,
tapi kerana Islam itu indah dan sangat menjaga kehormatan penganutnya.
Aku yakin, kalian lebih baik dari aku,
cuma aku tak mahu kebaikan yang kalian lakukan terhapus begitu sahaja hanya kerana kesalahan yang kalian anggap 'alah, kolotlah kalau tak couple'.
Aku yakin kalian mampu..
melakukan sesuatu perubahan untuk kebaikan diri kalian juga.
Semoga Allah redhai usaha kita dalam menuju kepada-Nya. InshaAllah
Kalau salah, sila berikan teguran buat diri yang serba kekurangan ini
wassalam ❤
No comments:
Post a Comment