Assalammualaikum. What's up ?
Today, topik yang akan dibincangkan adalah sambungan dari post yang lepas (Layakkah kita Judge Orang ?) Okay, before this, saya hanya sentuh tentang isu orang mengata orang berpurdah berjubah. Bagi yang baca, mungkin ada yang setuju and mungkin ada yang tak setuju. It seems like saya macam unfair gitu, right? Sabor. ni cek nak sambung ler ni. terima kasih sebab sudi baca my point of view (sejak belajar Literature & Listening and Speaking nih asyik mention pasal point of view je. good job babeyh!)
Ok, based on my experienced before this, ada kawan- kawan yang share pengalaman diorang. Mereka banyak melontarkan rasa terkilan and terkejut because kebanyakan muslimah yang berjubah berpurdah ni, akhlak mereka tak sesuai dengan pemakaian mereka. Ada yang berpurdah, mulut cakap lepas, mencarut, mengumpat dan suka cakap macam orang jauh 10 batu. Hmm.. saya pun agak terkejut sebab bagi saya orang yang berpurdah ni tak sepatutnya berperangai macam tu.
Bila kita membawa sesuatu imej yang baik, kita kena seiringkan dengan akhlak yang baik. Sebab tu, sebelum para muslimah nak berniqab/berpurdah, sila perbaiki hati kita dulu. Perbaiki akhlak kita, perbaiki tutur kata kita. Lepas tu, solat kita pun harus TipTop! gitu. Kalau kita tak perbaiki semua tu, haa.. inilah jadinya. Orang akan mengata sebab kita membawa imej yang baik so orang assume kita mesti baik punye.
Adapun orang akan anggap orang yang berniqab ni fake/ berpura-pura baik. Yang ni pun akan terjadi bila kita tak mempunyai akhlak yang seiring dengan cara kita yang berniqab. Ada jugak sekarang ni, kat Facebook, orang dok hentam orang berniqab ni. Sebab apa? sebab upload gambar- gambar muslimah yang berniqab ni dalam pose yang macam model. Orang marah sebab, apa yang ditunjuk tu salah. Sebagai seorang yang berniqab, tujuan kita berniqab adalah untuk mengelak dari menjadi perhatian lelaki. Tapi, bila kita dah upload gambar macam tu, kita dah salah guna sehelai kain yang sepatutnya kita lindungi keindahan kita.
Jadi, wahai para muslimah permata idaman syurga, ingatlah. Tak semestinya kita berjubah berniqab, confirm masuk syurga. tak semestinya kita tak berjubah tak berniqab masuk neraka. TIDAK! Jangan pandai-pandai buat tanggapan macam tu. Hanya Allah yang layak Judge kita berdasarkan TAQWA dalam diri kita, bukan pakaian kita. Berjubah berpurdah itu sunnah, namun harus dijaga sunnah ini sebaiknya supaya kita betul-betul berusaha menghidupkan sunnah Nabi SAW. Bukan untuk perhatian manusia, tapi untuk mencari redha Allah SWT. Janganlah para muslimah berjubah berniqab menghina muslimah yang tak menutup aurat sepenuhnya sebab mereka perlukan sokongan bukan hinaan. Begitu juga sebaliknya. Arasso?
So, I'll guess that's it for today. May Allah bless us and forgive us for what we have done. Maaf naa kalau ada tersalah. Saya cuma berkongsi pendapat saja.
Sekian, wassalam. ❤
No comments:
Post a Comment