Tuesday, 29 April 2014

iSLAM Event (All Sister Event)..

Assalamualaikum.. semoga kalian sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT, inshaAllah :)

Hari ni Isma nak share sikit pasal malam iSLAM Event where you can only see sisters because there are no man. I've got a lot of precious memories there. And by attending this kind of event, I can feel that I love Islam more, I love Allah even more and more and of course I love Prophet Muhammad SAW because showing me that Islam is beautiful. Islam is more than people out there think about it. 

Ok, tujuan Isma dengan kawan-kawan pergi sana mestilah nak jumpa Yasmin Mogahed sebab kami memang minat and suka dengan hasil penulisan beliau dalam buku Reclaim Your Heart. Semua yang beliau tulis dalam buku tu betul-betul memberi reflections dalam diri Isma. At the same time, membuka minda sesiapa yang membaca buku tu sebab semua hujah yang Yasmin Mogahed kemukakan berdasarkan Al-Quran. Alhamdulillah, thanks to Madam Usrah kat kolej Isma yang perkenalkan Isma pada buku yang memberi inspirasi ni.

Memang rezeki kami masa tu, sebab kami jumpa Mizz Nina :) that was the best part sebab kami tak sangka dapat salam and jumpa dia depan mata. haha. macam jakun kan? pedulikan apa orang nak kata. And yang paling best, Mizz Nina sangat peramah. She's beautiful yet so humble. That is why i love Mizz Nina :). Selain daripada tu, ada Wardina Safiyah, and Noryn Aziz. They were so kind, mashaAllah. May Allah grant us with Jannah al Firdaus. InshaAllah.

Nah, tengoklah.

This is my friend, Asyiqin, kawan yang baik. Moga Allah limpahi awak dengan barakah dan kasih sayang-Nya :)

Bersama kakak-kakak yang menjadi sukarelawan majlis :)

Isn't she beautiful? Subhanallah. Semoga ukhwah yang terbina sentiasa diberkati Allah :)

Kami bersama MC majlis dan volunteers untuk event yang penuh barakah ni :)

Semoga Allah jaga hubungan silaturrahim ini sehingga ke syurgaNya. inshaAllah. I love you all.. muahhhhh ❤

Friday, 25 April 2014

Yasmin Mogahed, Here I Come!

Assalamualaikum. Salam Sayyidul Ayyam. Jumaat yang penuh barakah. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang taat dan mengharapkan redha Allah :)

Today, Isma akan pergi ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri seorang penulis buku motivasi Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed! Alhamdulillah, atas bantuan rakan baik masa sem 1 dulu, kebetulan dia pun minat hasil penulisan Yasmin Mogahed, so kami plan pergi sama-sama. InshaAllah, kalau tak ada halangan dan segala urusan dan pengangkutan dipermudahkan Allah, kami akan sampai ke sana. Semoga ini menjadi salah satu usaha kami untuk mendapat redha Allah dan semoga dengan pemergian ini, kami akan dapat ilmu yang bermanfaat yang boleh dikongsikan dengan seluruh umat Islam. InshaAllah.


Siapa- siapa yang pergi event ni jugak, semoga kita berjumpa di sana! Nanti tegurlah saya ye. Kita berukhwah lillahi ta'ala. ❤

Thursday, 24 April 2014

Cinta Hakiki dari Sang Pencinta Abadi ❤

Assalamualaikum, pembaca yang dirahmati Allah SWT. Semoga Allah limpahi kita dengan kasih sayang dan redha-Nya. aamiin..

Hati ni tak sabar nak berkongsi sebuah cerita yang diharapkan dapat membuka mata hati kita semua bahawa Allah sayang hamba-Nya, Allah sentiasa menjaga kita. Last week, I was playing with my WeChat apps. I was trying discover by shaking my phone and there's one guy whom I dont even know from Dubai. He sends me his greeting. And I was quite excited because that was my first time ever doing that shake shake. So, I did reply his greeting. First thing I ask him, " are you Muslim?". I guess he is Muslim because his name was Islamic name. He says he is a Muslims, Sunni Muslims and Shafie mazhab. My heart says, " boleh buat kawan ni since dia lebih kurang je dengan aku which is Muslims and following Shafie mazhab."

Sepanjang minggu lepas, only 3 times we contacted each other. And he suddenly, tells me that he can do what a husband and wife do after get married, by himself. You got the idea right? I was surprised! Of course, because he is Muslims! What if, he do the same thing with other non-Muslims women? apa yang orang bukan Islam akan fikir pasal kita, right? I told him that, as a Muslim, we cannot do that such thing because it is one of the Allah's command. Allah suruh kita nikah supaya bila ada pasangan yang halal, di situ lah kita 'bergaul' dengan pasangan kita dengan rasa tenang.

He says, "Oh, alright. I will never do such thing anymore." I was just felt relief because as a saudara sesama Islam, I have remind one of Muslim brother about Allah. Alhamdulillah. But, suddenly, he asks me a question which should not be asked by a man to a woman. Once again, You got the idea, right? He starts to show his true colour. My hands was shaking because it was my first time I experienced this situation. I was about to cry because I felt so scared even though we are far from each other. So, I istighfar and take a deep breath. I asks him back, "do you always ask this question to any woman you know?" He replied, " ufffff.. you're really a problem! bye bye." Once again, I tazkirah that guy. I said, "may Allah forgive all your sins. I'm not that type of girl that can simply share everything personal and detail about myself, especially my body, to a guy and you shouldn't asks that such question to any woman. You can say whatever you want about me, I'm a problem or what, I don't even care! As long as i didn't lose my pride to a guy like you." After that, I block him on WeChat and I was about to report him as porn.

To be continued...

Tuesday, 15 April 2014

Assalamualaikum..

Bila melihat rakan-rakan menjalin 'cinta' bersama kekasih masing-masing, timbul rasa 'ingin mencuba' dalam diri ini. Melihat mereka saling bersayang-sayang, rindu-merindui, bergurau senda manja mengada (some of them), pujuk memujuk and all things yang couple buat. But, I keep telling myself "kau tu baru 19, belajar and masih dibawah tanggungan ibu dan ayah. Cinta tak perlu dicari, Allah dah sediakan buat setiap hamba-Nya pasangan masing-masing dan itu adalah jodoh. Jodoh akan tiba pada waktu yang sesuai dengan calon yang Allah dah tetapkan. Jadi, jangan semakkan fikiran nak bercinta masa belajar. Kan ustaz Kamal Shah Rani dah kata, tak pernah lagi dia jumpa orang yang nikah masa belajar ni, gagal dalam pelajaran (as long as you know how to manage your time) and ustaz selalu jumpa orang yang gagal dalam pelajaran ni orang yang bercinta masa belajar. Yelah, masa belajar kita sibuk nak fikir soal bercinta yang sepatutnya kita fikirkan adalah soal pelajaran. Kalau kekasih merajuk, nak kena beli itu lah ini lah untuk memujuk dia. Kan dah buang duit, buang masa dan buang tenaga." I'm not saying that all couples ni tak baik, BUKAN!

Cinta dan perasaan indah yang hadir dalam hati kita adalah fitrah manusia yang Allah kurniakan kepada setiap hamba-Nya. Cinta itu suci. Seperti kata Yasmin Mogahed di dalam buku beliau 'Reclaim Your Heart', cinta itu tak sepatutnya menjadikan manusia hamba. Cinta sepatutnya mendidik manusia agar semakin dekat kepada Pencipta kerana cinta datang dari Allah. Kalau cinta membuatkan kita semakin jauh dari Sang Pencipta, maka kita sedang diperhambakan oleh cinta. Fitrah hati kita sukakan kebaikan, keindahan dan kesantunan. Maka, apakah yang sedang berlaku bila apa yang kita lihat sekarang adalah, cinta sebelum nikah sehingga sanggup mengorbankan kehormatan? cinta yang sanggup 'dating' di tempat-tempat sunyi? siapa yang rugi? Nauzubillahiminzalik. Sebab tu, Allah kata dalam al-Quran, 'dan janganlah kamu menghampiri zina'. Dating berdua-duaan adalah salah satu jalan mendekati zina.

Cinta itu fitrah. Allah tak larang kita bercinta. Cuma, pastikan cinta itu cinta yang halal. Cinta yang apabila kita berpegangan tangan, dapat pahala. Apabila kita merenung pasangan, kita dapat pahala. Dan segala perbuatan yang pasangan kekasih selalu buat, semua dapat pahala KALAU cinta itu HALAL dan SAH disisi Allah. Kasihan melihat sahabat-sahabat yang bercinta sebelum nikah, pergi kemana-mana berpegangan tangan seperti pasangan suami-isteri, padahal mereka tahu perkara itu salah. Buat sahabat dan adik-adik,kakak-kakak, abang-abang sekalian,

Aku bukanlah manusia yang sempurna,
bukan juga manusia yang tak buat dosa,
dan bukan pula manusia yang lebih baik atau 'ahli syurga'.
Aku cuma nak kalian tahu,
bahawa aku sayangkan kalian,
aku tak mahu kalian melakukan sesuatu yang terang-terangan Allah larang,
ingatlah wahai para khalifah sekalian,
Allah larang tanda Allah sayang,
bukan kerana Islam itu mengongkong,
tapi kerana Islam itu indah dan sangat menjaga kehormatan penganutnya.
Aku yakin, kalian lebih baik dari aku,
cuma aku tak mahu kebaikan yang kalian lakukan terhapus begitu sahaja hanya kerana kesalahan yang kalian anggap 'alah, kolotlah kalau tak couple'.
Aku yakin kalian mampu..
melakukan sesuatu perubahan untuk kebaikan diri kalian juga.
Semoga Allah redhai usaha kita dalam menuju kepada-Nya. InshaAllah

Kalau salah, sila berikan teguran buat diri yang serba kekurangan ini
wassalam ❤

Wednesday, 9 April 2014

Khas Buatmu, Ibu dan Ayah

Ibu, kasihmu membawa ke syurga
Pengorbananmu tiada tandingannya
Dikau dijanjikan syurga
Sungguh mulia darjatmu disisi Allah
Semoga Allah sentiasa meredhai dan merahmati
Ibu yang solehah

Ayah, kasihmu memberi bahagia sepanjang usia
Pengorbananmu umpama air yang mengalir yang tiada penghujungnya
Dikau satu-satunya raja
Yang akan selamanya bertakhta di dalam jiwa
Semoga Allah merahmati dan meredhai
Ayah yang soleh

Satu sahaja cita-cita anakanda, semoga ana dapat memimpin tangan ibu dan ayah ke syurga Allah. Kalau ana tak dapat masuk syurga sekalipun, semoga Allah izinkan ana 'menghantar' ibu dan ayah ke syurga. Kerana jasa dan pengorbanan serta kasih sayang kalian, tiada yang dapat menandinginya. Maafkan ana, redhai ana kerana ana mengharapkan redha Allah dari ibu dan ayah. Sungguh, Allah sangat baik kerana mengurniakan ana ibu dan bapa yang soleh dan solehah. Barakallahu fik.. ❤