Wednesday, 18 December 2013

Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu !

Assalamualaikum.. hello!

Ok, hari ni sekadar perkongsian bersama saya nak share tentang apa yang saya dapat sedikit dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don tadi.. topik minggu ni adalah Sifat 20 Allah SWT, so bagi yang ketinggalan tengok dari awal masih sempat lagi nak fllow sekarang.. rancangan 30MUD ni dari hari Isnin-Khamis jam 9.30 malam.. ok?

So, apa yang saya belajar tadi mengenai Sifat 20 Allah dan salah satu dari Sifat 20 Allah adalah Allah Maha Berkuasa.. dalam al Quran, antara kisah yang saya ingat ustaz jemputan cerita tadi mengenai kisah Nabi Musa a.s.. boleh buka al Quran surah al A'raf ayat 143.. Maha Suci Allah.. Sedangkan Nabi Musa a.s pengsan melihat saat Allah SWT pancarkan kekuasaanNya pada bukit, inikan pula kita manusia yang lemah lagi hina ini.. I was thinking, ada sesetengah orang yang tak percaya kewujudan Allah.. and ada yang mencabar kekuasaan Allah SWT.. siapa kita nak cabar kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu? siapa kita? kita ni hanya makhluk ciptaan Allah..

Saat saya membelek surah al A'raf ayat 143, terdetik di hati ini.. Maha Suci Allah yang Berkuasa.. segala puji hanya bagi Allah.. kita tak layak mempersoalkan kekuasaan Allah SWT.. kalau nak tahu, baca dan kaji lah kitab yang tidak ada sebarang keraguan dan tidak ada sebarang kesilapan pun isinya iaitu Al Quran.. Allah dan bagi kita hidayah depan mata iaitu al Quran depan mata ( dalam rumah/masjid/surau).. cuma kita ni je yang taknak grab peluang yang ada.. betapa ruginya kita.. kerana Allah sentiasa menyayangi kita.. Allah.. Allah.. Allah..

Semoga kita semua mendapat pengajaran dan hidayah dari usaha kita yang tak seberapa ni dengan membaca al Quran agar kalam Allah ini dapat membantu kita di akhirat nanti.. insyaAllah.. aamiin

No comments:

Post a Comment