Wednesday, 11 December 2013

WUDUK.. Kenapa Anggota Tertentu Sahaja?

Assalammualaikum..

This article is from Majalah Solusi. Sebagai umat Islam, kita solat 5 waktu sehari dan dalam sehari juga kita akan berwuduk 5 kali. So, this is the good things about wuduk.. Check this out !

Wuduk merupakan perbuatan membasuh beberapa anggota badan tertentu dengan air mutlak bagi mengharuskan solat dan ibadah-ibadah lain seperti memegang dan membaca al-Quran. Berwuduk mempunyai banyak hikmah kepada manusia yabg mengamalkannya terutama umat Islam yang menunaikan solat fardu 5 kali sehari. Berwuduk juga disunatkan pada setiap masa. Allah berfirman :

"Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka berwuduklah iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapulah sebahagian kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu hingga ke buku lali." (Surah al-Ma'idah 5 : 6).

Timbul persoalan, kenapa wuduk terhadap beberapa anggota badan sahaja? Beberapa kajian saintiffik memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.

Membasuh muka : - Ketika membasuh muka secara tidak langsung rangsangan (recharge) berlaku kepada
                               saraf.
                             - Ia memberi kekuatan kepada organ-organ dalaman seperti usus, perut, pundi kencing,
                               dan sistem kelamin manusia.
Membasuh tangan : - Dalam sehari, kita membasuh tangan sekurang-kurangnya 5 kali untuk menunaikan
                                solat. Tidak dicampurkan dengan basuhan tangan untuk tujuan lain seperti makan,etc.
                              - Amalan membasuh tangan dengan kerap mampu menghindarkan penyebaran kuman-
                                kuman.
                              - Bagi kanak-kanak, amalan kerap membasuh tangan dapat menghindari daripada dua
                                penyakit yang berbahaya iaitu cirit-birit dan radang paru-paru ( pneumonia).
                              - Pencegahan penyakit. Cuba imbas kembali serangan wabak SARS beberapa tahun
                                lalu. Para doktor menyarankan agar kita sentiasa membasuh tangan. Ini menunjukkan
                                membasuh tangan sangat berkait rapat dengan langkah pencegahan penyebaran
                                penyakit berjangkit.
Membasuh &
menggosok     : - Merangsang saraf untuk menguatkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan
kaki kanan          pinggang.

Membasuh &
menggosok     : - Berperanan merangsang kelenjar pituitari dan kawasan otak yang mengawal sistem
kaki kiri              endokrin.

So, I'll guess this info is benefit to all of us. In Shaa Allah.. Islam itu indah,kan? At the same time, kalau kita betul-betul hayati manfaat wuduk ni, betapa beruntungnya kita kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan betapa beruntungnya kita kerana terpilih sebagai umat Nabi Muhammad SAW kerana Baginda yang mengajarkan kita cara berwuduk dengan betul.. Betapa cantiknya akhlak dan adab Baginda SAW. =)





No comments:

Post a Comment