Assalammualaikum..
Okay, sambungan dari post semalam berkenaan apa yang tak sepatutnya kita lakukan apabila ingin melangsungkan majlis perkahwinan.. Check this out !
What you shouldn't do :
1- Menghidupkan adat- adat lapuk dan bidaah yang merugikan ( post yg lepas)
2- Pembaziran
Penganjuran majlis perkahwinan bertahap 'grand' dan bertema sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar dan sudah pasti tidak dapat mengelak daripada perbuatan membazir atau dalam bahasa Arab dipanggil al-Tabzir. Terdapat lagi satu perkataan yang hampir sama maknanya dengan al-Tabzir iaitu al-Israf yang bermaksud mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan. Manakala al-Tabzir pula bermaksud mengeluarkan harta bukan kepada perkara-perkara yang diperlukan (perkara maksiat). Jika berlebih-lebihan di dalam perkara yang harus pun tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.
3- Tidak memilih menantu atas agama
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, " apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Bila engkau tidak melakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." HR Tarmizi dan Ahmad.
4- Kecelaruan wajah dan identiti
As we all know, kebanyakan majlis-majlis perkahwinan sekarang jauh menyimpang dari syiar dan roh Islam dengan mengimport budaya-budaya yang bercanggah dengan syarak. For example, slot selawat dan doa yang mengambil masa lebih kurang 10 minit, selebihnya baki majlis perkahwinan terisi dengan mungkar dan berlangsung di dalam dosa dan kelalaian.
5- Isu Tabarruj Jahiliyyah / Pendedahan aurat
Bermekap, tidak menutup aurat, sesi fotografi sebelum perkahwinan (pre-wedding), pakaian pengapit pengantin, keluarga pengantin dan pakaian para tetamu yang hadir. Bila dikatakan trend, maka lama kelamaan ia pun diikuti dan ditiru oleh orang lain walhal agama yang benar ini iaitu Islam tidak pernah pun memberikan penekanan dan perintah sedemikian.
6- Pergaulan semasa pertunangan
Kelebihan amalan pertunangan yang Islam galakkan ialah untuk mereka saling kenal mengenali. Namun, janganlah sampai pertunangan itu menjadi tiket untuk menghalalkan maksiat dan pergaulan bebas. Batas dan had pergaulan antara lelaki dan perempuan harus dijaga eventhough you've engaged ! Ingat, tunang bukanlah bukanlah sesuatu ikatan yang menghalalkan perkara yang haram sebelum berkahwin. Pada tempoh pertunangan inilah syaitan akan sentiasa memasang jerat dan perangkap untuk menghumbankan kita ke dalam kesesatan dan kemungkaran. Watch out!
7- Meminggirkan isu keberkatan
Disebabkan umat Islam tidak mengambil berat terhadap syariat dan hukum-hakam Islam maka hilangnya keberkatan dalam majlis perkahwinan. Janganlah kita mengutamakan kegembiraan dan pandangan manusia, sebaliknya utamakan pandangan dan keredhaan Allah SWT.
8- Barakah & Mahar
Firman Allah SWT, " Dan berikanlah kepada wanita-wanita itu mahar mereka sebagai pemberian yang wajib." (Surah An-Nisa' 4:25). Batasan mahar sama ada minimum atau maksimum itu terbatas mengikut kemampuan suami. Walaupun demikian, agama tetap menganjurkan untuk mempermudah hal-hal yang berhubung dengan mas kahwin. Sabda Nabi SAW, " Sesungguhnya wanita yang paling banyak barakahnya adalah wanita yang paling sedikit/murah mas kahwinnya."
9- Doa keberkatan untuk pengantin
Ramai orang yang hadir majlis perkahwinan namun tidak mendoakan pengantin lelaki dan pengantin perempuan seperti yang diucapkan Baginda SAW yang bermaksud, " Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan." ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim).
So, semoga pengisian kali ini lebih memberi manfaat buat kita semua.. insyaAllah.. mana yang tak betul mari kita perbaiki agar majlis perkahwinan mendapat keberkatan dan kerdhaam Allah SWT. Petikan article ini saya ceduk dari majalah Anis bil.196. Boleh dapatkannya di pasaran =)
No comments:
Post a Comment