Sunday, 22 December 2013

Trend VS Syariat ? Part I

Assalammualaikum...

I just found an interesting topic on magazine that I've read just now. Tajuk article yang begitu tepat dan kena lah time cuti ni.. Maklumlah sekarang kan hujung tahun, and of course ramai yang nak melangsungkan perkahwinan.. ( last post saya cerita pasal wedding dress which is part of something about perkahwinan, and now saya nak cerita pasal kahwin jugak! macam dah dekat je jodoh.. macam dah dekat je.. macam dah dekat je.. haha.. just kidding..) So, enjoy le show ! =D

Ok, secara umum, semua orang mesti nak perkahwinan yang meriah, grand, tittle'Wedding of The Year' and etc. Adat merenjis, bersanding, berinai, and so on.. Tapi, tak ramai yang tahu what you should do and what you shouldn't according to our syariat as Muslims.. Hadis Nabi Muhammad SAW ada mengatakan pernikahan yang berkat itu adalah pernikahan yang tidak melanggar syariat Islam..

What you shouldn't do :

1-Menghidupkan adat-adat lapuk dan bidaah yang merugikan

a : Langkah bendul- sebenarnya tak pernah timbul istilah LANGKAH BENDUL dalam Islam. Ini semua adat dan bidaah semata-mata.

b : Adat Merenjis- Jika dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah spt. mengikuti adat masyarakat Hindu. Sabda Rasulullah SAW, " Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka." ( Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

c : Bersanding- Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah namun di sepanjang pemerhatian, kita dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada sesuatu adat maka mereka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam. Hal itu Harus hukumnya. Tetapi, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja, TIDAK MENDEDAHKAN AURAT serta TIDAK MEMBAZIR. Sesekali bukan untuk tontonan umumseperti yang banyak berlaku sekarang.

d : Bertanya & merujuk bomoh bagi menentukan Tarikh Perkahwinan- Sabda Baginda SAW, " sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh, malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, sesungguhnya (orang2 yang mendatangi bomoh atau dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda SAW."

To be continued...

No comments:

Post a Comment