Assalammualaikum..
Morning everybody ! Today I want to share a history, interesting history tentang seorang pejuang Islam yang begitu bersemangat tinggi.. Check it out !
Ada pembicara yang mengatakan untuk melihat rakyat Mesir kena tengok Ikhwanul Muslimin dan untuk mengenali Ikhwanul Muslimin kena mendekati rakyat Mesir. Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah organisasi yang sudah cukup sebati dengan kehidupan seharian masyarakatnya bukan sekadar berada di jiwa tetapi umpama udara yang dihela setiap hari.
Kata seorang pengasas politik Ikhwanul Muslimin, Nidal Sakr menggambarkan segala-galanya tentang pergerakan itu. Belum ada pergerakan di dunia yang boleh bertahan begitu lama dan menjadi darah daging di dalam hidup rakyat. Katanya, "Jika anda hendak mengenali Ikhwanul Muslimin anda harus mendekati rakyat Mesir. Teguhnya pergerakan itu berdiri atas landasan hubungan sosial dengan keluarga, jiran, sekolah, hospital, dan rumah kebajikan. Hubungannya sangat rapat dengan rakyat."
Jom kita terjun ke dunia Ikhwanul Muslimin !
Sejak ditubuhkan pada 1928 oleh HASSAN AL- BANNA, pergerakan itu tidak pernah sepi daripada penindasan rejim pemerintah. Ada saja yang tidak kena dengan pergerakan itu yang menggusarkan hati pemerintah. Rentetan peristiwa sedih sering berlaku dalam pergerakan itu, bermula dari pemerintahan monarki hinggalah dipimpin oleh diktator seperti GAMAL ABDEL-NASSER, ANWAR AL-SADAT dan HOSNI MUBARAK.
Di mata media Barat, Ikhwanul Muslimin dilukiskan sebagai pergerakan yang merancang keganasan. Semasa zaman Hassan al-Banna lagi ia telah dicanangkan sebagai cabang pengganas apabila pemimpin itu menubuhkan sayap separa tentera a.k.a SPECIAL APPARATUS. Objektf penubuhannya untuk menentang penjajahan British dan melakukan serangan bom dan pembunuhan, seperti yang dikata oleh media Barat.
Secara logiknya, seorang yang memang menjaga keperibadian Islam dan sentiasa berpegang kepada hukum Allah tergamakkah menyakiti orang lain? Siapa yang tidak mengenali Hassan al-Banna boleh menuduh apa saja terutamanya pihak Barat yang memang benci jika Islam tegak pada tempat yang strategik mereka seperti di Mesir.
Selepas Perang Dunia ke-2, kedudukan Ikhwanul Muslimin semakin kuat dan keadaan itu adalah petanda buruk bagi pemerintah. Untuk menyekat kemarakannya, kerajaan Mesir yang diketuai oleh Al-Nukrasi Bassa telah mengharamkan pergerakan itu pada 1948 untuk menjaga kepentingan Yahudi dan British. Namun alasan yang diberikan ekoran pengharaman itu adalah kerana pergerakan itu dikatakan menjadi dalang merancang pembunuhan dan pemberontakan menjatuhkan kerajaan.
Hassan al-Banna terus memperjuangkan apa yang telah dimulakan. Kerajaan semakin gusar kerana usaha pengharaman tidak berkesan sebaliknya ia menjadi semakin marak. 12 Februari 1949, Hassan al-Banna ditembak ketika keluar dari bangunan pergerakan tersebut. Pembunuhan itu didakwa telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan.
Walaupun Hassan al-Banna sudah tiada namun semangatnya tidak padam! Pembunuhan itu membakar api kemarahan dan dendam di hati rakyat. Kematian itu diraikan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya kerana bayangan Hassan al-Banna memang cukup menakutkan mereka.
Hal itu diceritakan sendiri oleh SAYID QUTHB melalui tulisannya semasa berada di Amerika Syarikat saat Hassan al-Banna dibunuh. Masih jelas terbayang di ruang matanya bagaimana letusan kegembiraan rakyat Amerika yang diluahkan melalui akhbar, media lain, dan perbincangan kedai kopi. Semuanya mengucapkan selamat dan menyatakan kegembiraan setelah bebas dari ancaman setelah tumpasnya seorang lelaki dari Timur Tengah.
Perkenalan Sayid Quthb dengan Perisikan British, JOHN HOURITZ DUNN yang akhirnya menjdaia kawan karib. Perkenalan itu membawa kepada suatu yang lebih mengejutkan. Dunn menunjukkan beberapa dokumen yang memperlihatkan perancangan British dan Amerika ke atas Mesir. Termasuklah sikap mereka terhadap Ikhwanul Muslimin dari awal penubuhannya hingga terbunuhnya Hassan al-Banna. Bagaikan ada stu persefahaman bersama, apabila British angkat kaki dari bumi Mesir maka yang akan menggantikannya adalah Amerika Syarikat.
Sejak itu Barat terus memusuhi Ikhwanul Muslimin dan mengarahkan media menjalankan propagandanya agar pergerakan itu terhapus. Jadi jangan terkejut jika membaca media Barat, ia akan mengatakan pergerakan itu adalah pengganas. Hakikatnya telah dijelaskan oleh Sayid Quthb sebelum dia menyertai Ikhwanul Muslimin.
Hanya selepas 2 tahun pemergian Hassan al-Banna barulah Sayid Quthb menyertai pergerakan itu dan meneruskan perjuangan Islam sehinggalah nafas terakhirnya.
So, setakat ni je saya dapat dari bahan bacaan saya iaitu Majalah Al-Islam keluaran Disember 2013. To all the readers, banyak yang saya cut dari article sebenar kerana terlalu panjang. Ini hanya cebisan sahaja, untuk baca full article boleh baca dalam Majalah al-Islam.. okay? I'll catch you guys later..
wassalam =)
No comments:
Post a Comment